Penglibatan di dalam pilihan raya Arif_Shah_Omar_Shah

Pilihan raya umum

Pada 2004 beliau memenangi kerusi ADUN Seberang Jaya dengan mendapat majoriti 4,464 undi mengalahkan calon PKR Dr Mansor Othman dengan majoriti undi sebanyak 4,464.[2] Beliau akan membawa buku catatan '555' bagi mencatat permasalahan rakyat di Seberang Jaya. Pusat khidmat masyarakatnya terletak di Seberang Jaya dan di Jalan Baru, Perai. Laman web beliau di www.arifshah.com. Sejak 2004, lebih 19,000 aduan telah beliau terima daripada penduduk Seberang Jaya. Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, beliau mengalahkan calon dari Parti Keadilan Rakyat dengan majoriti yang kecil iaitu hanya sebanyak 533 undi. Beliau mendapat 9,395 undi berbanding lawannya mendapat 8,862 undi.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh 2008

Sebaik saja Wan Azizah Wan Ismail meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, UMNO mengalami kesukaran memilih calon yang sesuai untuk pilihanraya kecil ini. Arif Shah merupakan salah satu calon yang disebut dalam khabar angin, namun tidak banyak orang mempercayainya kerana beliau pernah menjadi pengikut Anwar Ibrahim yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil ini sebagai calon PKR.Beliau menjadi calon menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi kerusi Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008. Presiden AKIM, Hanafi Mamat, 61 dari Kelantan turut bertanding. Arif Shah digelar calon 'underdog' oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.Akhirnya, beliau tewas di dalam pilihan raya kecil tersebut dengan majoriti undi sebanyak 15 671.

Pingat Kebesaran

Arif Shah telah dikurniakan penganugerahan di atas jasa dan pengorbanan beliau selama berada dalam bidang politik. Anugerah pertama beliau ialah Pingat Jasa Kebaktian (PJK) yang telah dikurniakan oleh TYTM Gabenor Negeri Pulau Pinang sekitar tahun 1990an. Anugerah kedua yang diterima beliau pula ialah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran "Datuk" oleh TYTM Yang Dipertua Negeri Melaka pada tahun 2007.